Resepi Mee Tauhu Tawau
Mee Tauhu merupakan satu juadah yang popular di bandar Tawau. Selalunya, warga Tawau akan menjamu juadah ini pada waktu pagi. Yang belum berkunjung ke Tawau tu jum kita intai-intai rupa mee tauhu ni. Yang penting kena datang ke Tawau dan rasa sendiri kehebatan mee tauhu Tawau.
![]() |
Ni lah mee tauhu Tawau. |
Jum buat mee tauhu homemade. Bahan-bahannya ringkas sahaja tidak begitu banyak. Di samping cara masaknya yang begitu senang semudah ABC sahaja. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Bahan Mee
- Mee kuning(direbus dan toskan)
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sayur sawi dan tauge
- 1 biji cili di hiriskan
- kicap pekat
- sos tomato
- garam
- gula
- minyak
Bahan untuk tauhu
- 5 ketul tauhu
- isi ikan (terpulang nak ikan apa)
- 1 sudu makan tepung sagu
- 1 sudu teh tepung kanji
- kicap pekat
- 2 ulas bawang putih
- hirisan daun bawang
- minyak
- garam dan gula
- air secukupnya
- 3 ulas bawang putih
- cili padi
- belacan
- air
- garam
- serbuk perasa
Cara memasak :
Mee goreng
- Panaskan minyak. kemudian masukkan bahan tumis, kacau sehingga pecah minyak. Selepas itu,
- masukkan kicap dan sos tomato, garam,dan gula kacau lagi. Kemudian masukkan mee yang telah direbus dan ditoskan.
- Gaul mee tersebut sehingga sebati dengan bahan tadi.
- Masukkan hirisan cili, tauge dan sayur sawi. Gaul sehingga sebati dan angkat jika masak.
Tauhu dan kuahnya:
- Kisarkan tanpa air isi ikan, tepung sagu dan tepung kanji
- Ambil tauhu dan buat lubang di tengahnya. Isikan dengan isi ikan yang telah dikisar tadi
- Kemudian,goreng tauhu tersebut.
- Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan tumis.
- Masukkan kicap, secubit garam, air dan gula. Kacau sehingga sebati
- Bancuhkan tepung kanji untuk memekatkan kuah tauhu.
- Kemudian masukkan tauhu yang telah digoreng tadi dan biarkan sehingga mendidh. Seterusnya angkat dan taburkan daun bawang di atas kuah tauhu.
Sambal:
- Kisarkan bawang putih, cili padi dan belacan
- Panaskan minyak, dan tumis bahan yang telah dikisar tadi
- Masukkan serbuk perasa,dan garam kemudian kacau sehingga naik minyak
- Angkat danhidangkan bersama mee dan kuah tauhu.
Selamat mencuba
Comments
Post a Comment